بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم: 2012

Monday, September 17, 2012

Sometimes

Jeng jeng jengggg .
Sesaje post kejap. 
You know what , i think macam sometimes mcam orang bodoh jugak post2 pasal cintan cintun nehh .
Hahaha . Benda lagha jugak kan. Cuba menjaga hati .
Jom same2 try jaga hati ! :D

Friday, September 7, 2012

Sakit . Sangat .

Menunggu itu sakit . 
Sangat sakit .
Ive been waiting you for a long time to contact me .
But theres no calls / text from you at all.
Thanks :'(

Friday, April 27, 2012

Motivate .

OUR MISSION : BRING PEOPLE TO HAVE A BETTER LIFE

Bismillah,Assalammualaikum readers :)
Hmm , malam yang sunyi sepi dirasai. ececewahh . haha. Alhamdulillah , baru saje sampai di Seremban setelah sekian lame, bape minggu , bape hari, bape jam, bape detik enggak pulang ke rumah kerana ke-busy an dek kerja. Fuhhhhh ! Allah saja tahu mcm mana rase penat lelah ni. But im not working just for me, but MUST BE SAKE FOR ALLAH :) Lillahhitaala . thats very3x important.  
WHY ?

Okay here , kite dalam hidup ni, mesti la semua nye nak keredhaan dari Allah. biarlah dapat rahmat and redha Nya so that , semua akan berjalan dgn smooth dgn izinNya , kalau ujian dugaan semua tu, normal la kan orang kata tuk capai sesuatu tu BUT apa yang aku nak tekan kan , sbb ia nya tuk SAHAM AKHIRAT kita :)
Sebab ,kejayaan yang aku nak capai , termasuk korang semua taknak semata mata utk dunia , tapi akhirat.
Akhirat tu penting . I know im not a very2 good person . im not a good servant. Ya Allah . wallhualam .
but , what i know is, setiap pekerjaan jadikan sebagai sejadah tuk beribadah .

Kadang , ade orang perception die lain. Different people,different perception and perangai.Memey la, tapii kalau da jadi negative thinking sangat , memang susah la.Takde ruang tuk berpositif , lama2 dy jugak yang akan tertinggal di belakang .Yang lain dah ke depan. kau terkedek2 lagi kat belakang. Negative people ni, bese nye, dorang ni mcm pikir dorg betul, bagus la , apa2 negative la . as well as korg pun tahu kan .

Contoh nya macam aku and lain2 yang buat bisnes ni . Ada orang ingat kiteorang buat semata mata nak duit. semata mata untuk kejar dunia. Tapi korang lupe , Setiap kejayaan tu lah yang nak dikongsi untuk semua . and yesss ,
HELLO ! Excuse Me! oopss . Saya nak tanya awak, awak siapa tuk menilai niat kami? siapa awak untuk prejudge kami?? Biar lah NIAT tu , dan segala apa yang ada dalam hati tu urusan kami dengan Allah. Aku? Aku tak kesah orang nak cakap apa, yang penting ALLAH . ALLAH tahu apa NIAT kita,apa kita mahu, KENAPA dan semuaaaa . Dan aku percaya , ALLAH ITU MAHA SEGALA NYA.
Siapa tahu mungkin kami ni la 1 day yang akan tolong tuk agama sendiri ? Siapa tahu mungkin kami boleh jadi seperti Saidina Abdur Rahman bin Auf ? Tak ke seronok kalau kite selalu dapat tolong orang dengan apa kita ada or tengok la mengikut kemampuan masing2. tak kira la segi apa. Kan ? kan ?

For me, sesuatu ketetapan & ketentuan itu biar Allah tentu kan. Percaya 100% pada Allah .
Orang nak kutuk kite ?, prejudge kita  ? Down kan kita ? nak pandang rendah ?
BIAR KAN ! they are not in our line to be success !
Kata kata tu aku hold sampai sekarang . Kata kata kak dayah masa aku buat 'press conference' dengan dia last event zero2hero hari tu. Huhu. Best kan , ? All postive ! Itu kelebihan nye. Bile kite dikelilingi orang postive,kite pun akan jadi positive and become better person. Banyak aku belajar pasal LIFE ni sepanjang aku bersama HERBALIFE ni. Alhamdulillah. diberi kesempatan utk melalui semua ni. Thats the best thing in the journey ! Tak kesa la journey korang pape pun. You can become positive people & better person !

Teringat quote kak mel , 23 ,International Millionaire Team member , she started doing HERBALIFE since she was in 19 . same goes like me. last month income RM100k .
Pakai tudung labuh , cantik , beragama lagi . Complete ! She said,


DREAM BIG !
THINK BIG !
Because ALLAH is BIG !


Hopefully I can be like her 1 fine day  ,stay strong ,finish strong so that I can help more people outside there :')
That is one of my dream . Pray for me :)







Wednesday, April 18, 2012

Zero2Hero

Bismillah , Huwaaaaa. lame gile dah tak update blog !
Ini update pun , sbb keperluan.
okayyyy,here !
Nak update about meee :)
My journey in Herbalife. MasyaAllah .
i cant believe and imagine that this is one of journey of my life :')
Ya Allah , Thank you Allah .
Okayy , ramai ask me WHY HERBALIFE syiro ?

Heree we go , ini aku nak cakap kat cni .
Siapa yang PERGI EVENT , siapa yang CONSUME PRODUCT .
They will know that !
Okayyyy , ramai nak tawu about the journey .
Here, aku nak share sikit sepanjang aku bersama Herbalife.
SIKIT je ehh :)
hehe .

Along perjalanan nak ke PD, banyak betul dugaan. but biasa lah , itu la dugaan and ujian Allah turun kan so that kiteorg stay strong , stay tawakal to Him, banyak mengingati Dia, Dan itu la langkah perjuangan kami :)
Lepas berita gempa bumi , then tsunami , buat kami sume takut2 jugak. But , ape yg kami tahu ,
Allah sentiasa with us. pada Dia kami berdoa dan tawakal . kteorg ke sane bukan tuk suke2, but carik ilmu .
Kungfayakun. Terjadi, maka terjadi lah ia. kalau kteorg postpone pun , belum pasti kteorg akn selamat jugak. betul tak ? dan Alhamdulillah , kami semua selamat sampai ke pghujung event :')

Okay , untuk yang latest ni ye. I just back from event Zero2Hero .
MasyaAllah , sangat2 lah inspiring me and yesss, AWESOMEEEEEEE !
I went for training , holiday at Tiara Beach Resort with all my team :)
What i can tell you , HERBALIFE AWESOMEEE & AMAZINGGGG !
Ya Allah , mcm2 dugaan dah kiteorg alami , Allah turun kan ujian demi ujian.
And all of us believe that ade hikmah and kemanisan di sebalik kepahitan tuh.
Like we as Islam always say bermujahadah itu pahit, tapi syurga itu manis . TAK TERBAYANG KEMANISAN SYURGA itu dek akal :)

Huwaaaa, okay . Tak terkata event dy.
Uplines , leader semua sangat2, menginspirasi kan kiteorg sume tuk success and grow.
We're going , keep and keep share our mission HAVE A BETTER LIFE with people .
Dannn ...........
aku pun tak twu ckp apa lagi .
Satu benda yang sgt buat kami wow , kak Mel , yang dah buat herbalife mula dari umur 19 as part time, and bru dlm 4 bulan full time , now umur baru 23 , income dah cecah rm100k !!!
walawehhhhhhhhh ,!
Belum lagi dgn capt.saiful lagi . last month rm300k over !
Gileee gileeee . baru dekat 6 tahun buat herbalife ,masyaAllah . Rezeki tak terkata .
okay ,here some pictures dekat event zero2hero.
and at that night we were had party night or yar, dinner night right . and the theme was HAT .
thats y pic kteorg ada pakai hat . HAHA


Okay , this is some of my team .
But yar , actually ramai lagi, but they were not here:)


YA ALLAH , SEMOGA KAMI BERKEKALAN SEBAGAI SATU TEAM SAMPAI BILA BILA 
DAN TERUS SUCCESS :')

Aameen .
ya Allah .


Haa, ini time celebrate birthday kak wani, my superb uplinee ! hahaha


Hahaha, amik kau kak wanii ! sumbat kek dlm mulut ! hahaha

Okay , back to basic . hmmm, ape aku nak cte ye ? okay, tujuan ke zero2hero , for training , and mencari ilmu. Ilmu yg tak ternilai la. ramai gile org kat sne. dlm 1000 la rase nye. ramai yg ke sane ialah , 1 team,
which is team bersama capt.saiful & pn. rahimah . kami panggil dorg pak yang & mak yang.
Couple neh, mmg superb gile , sorg bekas tentera&sorg lagi bekas cikgu. lebih 6 years in herbalife, last month income dorg capai lebih rm300k tak silap aku. Campur dgn Mark Huges bonus lagi.
1 of 1st president team malaysia and Islam yg recognised Mark Huges bonus that was $45*** USD tak silap . ke $43*** USD . dorg mmg bagi inspiration sgt3x! 
   


Here with pak yang ! :)
Even chinese ke,Indian ke , semua respect gile & sayang gile dgn die. 
termasuk aku. hehek ;D

Hmmm , ini baru zero2hero.
okay, ramai nak twu about product and latest lagi.
But i will update, later.
sebab , selalu busy dgn benda lain.
huhu
so, InsyaAllah , ada masa mmg aku update latest .
semua.
Its all about me & Herbalife :)

Wednesday, March 14, 2012

RESULT !

Assalammualaikummmmmm !
Phewwwpheewww ,Alhamdulillah . baru saje berlepas dari sem 2 :D
Now just starting sem 3 . and what i want to talk about is about result final ! 


Ya Allah , sungguh betul betul x pecaye dgn result yg aku dapt. 
Syukur Alhamdulillah. Allah Maha Adil . Huhuhu .
Result MENINGKATTTTTTTTTTTTT !
nd paling unbelieveable , yg sgt2 tak sgka when the most killler subject for business students that is BUSINESS FINANCE ,i passssssssssss !
Ya Allah , mase mule mule nak bukak online result uh , mmg da mengucap byk kali , tangan menggigil2 nak bukak.
At last , when i open up, Terjerittt keriangannnn satu rumah !
Ya Allah , hanya Allah saje twu betape gembira nye aku mase tuh . :')
Aku ingat aku kene buat supp ke , fail ke. SUMPAH mmg susa . Tak tipuuuuuuuuuu .
Yang paling aku sedih sgt , sedih gembira la org kate kan ,
aku hampir hampir nak drop subject tuh time final nk dekat , but i was thinking 
that better aku amik saje, mane la twu usaha kita tak sia sia kan 
mane la twu rezeki kan . and yeahhhh , akhirnye !
Tak sia sia ! Ya Allah , sesungguh nya Allah itu Maha Adil :')
Dia twu , ape terbaik tuk hamba dia , apa yang kita mahu. Dia lihat usaha kita, syukur Alhamdulillah .
Terima Kasih Allah :')

Tuesday, February 7, 2012

Mari berzikir kejap :)

Salawat atas & junjungan besar buat baginda Rasulullah S.A.W yang dirindui :')

Disini , ingin berkongsi sikit video zikir terapi from Hafiz Hamidun again.

Lets muhasabah diri sikit ukhti & ikhwan sekalian ^^

- Lailaha Illallah Muhammad Rasulullah -



Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri ) @HAFIZHAMIDUN @Arte...

Sunday, January 15, 2012

Allah Itu Sweet ! :)

Ini , adalah serba sedikit , isi isi yang saya jumpe dalam laman blog lain.
Bukan dari hasil saya , tapi dr satu laman blog :)
Hanya ingin berkongsi disini .
Alhamdulillah , dengan sikit perkongsian ni ,kita same sama sedar kan diri kita buat dan renungan bersama .


Pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu... em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar keAllah tu sentiasa ada?

Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.

Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.

2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan... SWEET~~

Allah ni Sweet

Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.

Dia Pemberi Kekuatan

Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.

Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.

Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.

Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107).


Dia Peneman Bicara

Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.

Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!

"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).

Dia yang Kaya Raya

Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. "Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~"

Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).

Tak cukup sweet tu...
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!

Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!

"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31).


Dia yang Pemaaf

Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!

Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.

Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.

Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53).


Dia Pemberi Ketenangan

Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.

"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang."

Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik." erk!

Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la.... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)." A'ah, tenang la sangat.

Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!

Haih~

Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28).

Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!

Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.

Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!

Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216).

Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut... \"Ya Allah!\"

Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152).

Dia Pendamping Abadi ~


Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.

Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?

"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26).
Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!



 
Designed by Lena Graphics by Melany